
ISTANBUL: Platform media sosial X mengalami gangguan pada Isnin, menjejaskan ribuan pengguna di seluruh dunia, menurut laman pengesan gangguan Downdetector.com, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Kira-kira 90,000 pengguna X melaporkan masalah pada dua waktu berasingan sepanjang hari.
Downdetector mengumpul data daripada laporan yang dikemukakan oleh pengguna, yang bermakna bilangan sebenar pengguna terjejas mungkin lebih tinggi.
Cisco turut melaporkan bahawa gangguan itu memberi kesan kepada puluhan pelayan di seluruh dunia. – Bernama