Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • WTO beri amaran ekonomi Amerika Utara bakal merosot akibat tarif Trump
  • GLOBAL

WTO beri amaran ekonomi Amerika Utara bakal merosot akibat tarif Trump

Utusan Sarawak 3 weeks ago
KETUA ahli ekonomi Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Ralph Ossa, memegang laporan semasa sidang media mengenai unjuran perdagangan tahunan di Geneva. Foto AFP

GENEVA: Analisis mengikut rantau oleh Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) menunjukkan bahawa tarif baharu akan memberi kesan paling besar kepada Amerika Syarikat dan Kanada, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Selain penyusutan jumlah dagangan, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) turut dijangka terjejas. Dalam laporan yang diterbitkan di Geneva pada Rabu, WTO mengunjurkan pertumbuhan KDNK bagi rantau Amerika Utara – merangkumi AS dan Kanada – hanya sebanyak 0.4 peratus tahun ini, jauh merosot daripada anggaran awal sebanyak dua peratus.

Eksport dari Amerika Utara dijangka menyusut sebanyak 12.6 peratus pada 2025, manakala import pula menurun sebanyak 9.6 peratus, menurut WTO.

Sebelum pengumuman tarif oleh Presiden AS Donald Trump, WTO menjangkakan eksport rantau itu meningkat 2.2 peratus dan import naik 2.8 peratus. Eksport China ke AS pula kini dijangka merosot sebanyak 77 peratus di bawah senario semasa.

Kesan terhadap Eropah dilaporkan jauh lebih ringan. WTO mengunjurkan eksport Eropah meningkat satu peratus tahun ini (berbanding 1.4 peratus sebelum ini), manakala import dijangka naik 1.9 peratus (sebelum ini 2.1 peratus). Pertumbuhan KDNK Eropah kini diunjurkan pada 1.2 peratus, menurun daripada 1.4 peratus.

Analisis WTO ini berdasarkan situasi semasa setakat 14 April. Sejak kembali ke Rumah Putih, Trump telah mengumumkan pelbagai tarif baharu ke atas beberapa negara dan sektor, walaupun sebahagiannya telah digantung. China kekal sebagai sasaran utama.

Jika senario semasa berterusan, WTO menjangka jumlah dagangan global akan menyusut sebanyak 0.2 peratus, berbanding unjuran pertumbuhan 2.7 peratus sebelum ini. Jika tarif khusus negara yang digantung itu dikuatkuasakan selepas tempoh bertenang 90 hari yang diumumkan pada 9 April – berserta tindakan balas negara terlibat – jumlah dagangan global boleh merosot sehingga 1.5 peratus.

KDNK global kini dijangka berkembang sebanyak 2.2 peratus pada 2025, berbanding unjuran terdahulu WTO sebanyak 2.8 peratus. – Bernama-dpa

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Gunung Lewotobi meletus, cetus amaran penerbangan
Next: Google disaman AS$6.6 bilion di UK atas dakwaan persaingan tidak adil dalam iklan carian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.