Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Wishesland Cawangan Sibu dalam usaha cari lokasi penempatan bersesuaian
  • WILAYAH

Wishesland Cawangan Sibu dalam usaha cari lokasi penempatan bersesuaian

Utusan Sarawak 12 months ago
PERASMIAN… Fatimah menyempurnakan majlis perasmian Wishesland Cawangan Sibu di Jalan Shariff Mansor.

SIBU: Wishesland cawangan Sibu memerlukan tempat yang kekal, suasana lebih konduksif, luas, mesra kerusi roda dan sebagainya.

Menteri Kebajikan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ini penting untuk kemudahan kanak-kanak penghidap penyakit Cerebral Palsy (CP).

“Apabila ke tempat operasi Wishesland Sibu, perkara pertama yang saya lihat ialah ia sangat sempit dan tidak konduksif.

“Perkara pertama saya beritahu Pengerusi Wishesland Sibu Kelvin Yeo Kai Kee dan Penasihat Wishesland Sibu Chi Poh Yung ialah mengadakan lawatan ke Jabatan Tanah dan Survei.

“Kemudian, beritahu hasrat untuk memohon tanah negeri bagi menempatkan Wishesland secara kekal.

“Kalau kita menyewa, pada bila-bila masa kita boleh diminta mengosongkan bangunan.

“Pelaburan untuk penambahbaikan dan pengubahsuaian kelak akan merugikan,” katanya.

ADUN Dalat itu, kemudiannya, menasihatkan supaya pihak Wishesland Sibu menulis memohon tanah negeri, jika ada, untuk diberikan kepadanya bagi mendapatkan sokongan sebelum diajukan kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Sebab untuk proses intervensi terutamanya bagi CP yang memerlukan tempat yang luas mesti mesra kerusi roda, ruang mesti mencukupi juga dan semuanya mesti mesra sama ada kerusi roda dan sebagainya,” katanya.

Terdahulu, Fatimah telah menyempurnakan majlis perasmian Wishesland cawangan Sibu dan menyalurkan peruntukan sebanyak RM10,000 kepada pusat tersebut.

Wishesland Sibu yang terletak di Jalan Shariff Mansor mengendalikan pusat latihan mereka untuk kanak-kanak penghidap penyakit yang menyebabkan gangguan pada otot, gerak, dan koordinasi tubuh atau dikenali sebagai CP.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: KPM digesa tangani isu berkaitan pendidikan di Lawas
Next: 43 pelajar cemerlang SMK Bekenu terima insentif

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.