Western Yolanda tawar menu RM10, jadi tarikan pelanggan

Facebook
WhatsApp
PEMILIK Western Yolanda Aziemah John Norsiah menunjukkan hidangan kombo makangan Barat yang ditawarkan pada harga berpatutan.

PETRA JAYA: Sebuah kiosk makanan Barat dinamakan Western Yolanda di Taman Sourabaya Indah menarik perhatian pengunjung apabila menawarkan pelbagai menu makanan Barat pada harga berpatutan bermula RM10, sekali gus dianggap mampu milik oleh pelanggan.

Menurut pengusahanya, Aziemah John Norsiah, idea pembukaan kiosk tersebut tercetus daripada pemerhatian terhadap kawasan setempat yang sudah mempunyai beberapa gerai makanan, sekali gus mendorong beliau menawarkan pilihan makanan barat pada harga lebih berpatutan untuk penduduk taman serta pengunjung luar.

“Orang bertanya sama ada benar harganya RM10. Saiz hidangannya juga okey, tidak terlalu sedikit dan tidak terlalu banyak. Memang berbaloi dengan harga RM10 itu,” katanya.

Tambah Aziemah, kebanyakan pelanggannya sering memilih untuk mencuba hidangan chicken chop dan fish and chips.

Kini, beliau menaik taraf menu dengan menampilkan hidanga lamb chop pada harga RM19.90 dan pelanggan akan menerima dua keping daging kambing.

“Pelanggan kami terdiri daripada pelbagai golongan, termasuk pemain bola sepak, pelajar yang aktif bersukan, keluarga yang berada di Taman Sourabaya Indah serta pelanggan dari luar taman tersebut.

Menurutnya, beliau turut melakukan penambahbaikan menu dari semasa ke semasa bagi memenuhi selera pelanggan.

Aziemah berkata, kiosk tersebut beroperasi dari 4.00 petang hingga 11.00 malam setiap hari dan mengalu-alukan orang ramai untuk singgah mencuba pelbagai menu yang disediakan.

Jejakmu masih ada

SETIAP yang bermula pasti akan tiba pada akhirnya. Begitulah hukum kehidupan yang tidak dapat dielakkan. Ada pertemuan yang membuka jalan,

Nikmat sihat, amanah yang perlu dijaga

PEMBERIAN kesihatan daripada Allah SWT kepada manusia dikategorikan sebagai nikmat yang paling besar. Ketika tubuh sihat, kita mampu melakukan pelbagai

Menala hati

KEHIDUPAN manusia boleh kita kaitkan sebagai persamaan dengan sebuah alat muzik. Setiap tindakan melahirkan kesan, setiap perkataan meninggalkan getaran dan

Menyemai ukhuwah, memperkukuh perpaduan

PERPADUAN merupakan satu sumber kekuatan dalam masyarakat. Malaysia dibina atas latar masyarakat yang berbeza dari sudut kaum, agama, bahasa dan