Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Wartawan ditemui meninggal dunia dalam kereta
  • GLOBAL

Wartawan ditemui meninggal dunia dalam kereta

Utusan Sarawak 5 years ago
TRAGIS… Vltchek, wartawan kelahiran Russia-Amerika ditemui meninggal dunia di dalam kereta. • Foto AFP

ISTANBUL: Seorang wartawan Amerika Syarikat (AS), Andre Vltchek ditemui meninggal dunia di dalam kereta yang disewanya, semalam sejurus tiba di Istanbul, lapor Agensi Anadolu.

Menurut sumber keselamatan Turki, mangsa tiba di hotel yang terletak di Karakoy dekat wilayah Samsun dengan menaiki kenderaan yang disewa bersama pemandu.

Namun menurut isteri mangsa, Rossie Indira Vltchek menyedari suaminya sudah tidak bergerak.

Dia terus menghubungi petugas perubatan kecemasan sebelum pasukan itu mengesahkan Andre Vltchek sudah meninggal dunia, menurut sumber yang enggan dikenali kerana larangan memberi kenyataan kepada media.

Susulan itu, pendakwa raya Istanbul menjalankan siasatan punca kematiannya.

Vltchek, seorang wartawan AS kelahiran Soviet, pernah membuat liputan terhadap puluhan zon perang dan konflik termasuk Iraq dan Peru ke Sri Lanka, Bosnia, Rwanda, Syria, Republik Demokratik Congo dan Timor Timur, menurut laman web rasminya. –Bernama

Continue Reading

Previous: Dua pegawai polis ditembak dalam protes
Next: Australia kesan lebih 380 pusat tahanan Uighur

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.