Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Waris sahaja disarankan ke klinik
  • TEMPATAN

Waris sahaja disarankan ke klinik

Utusan Sarawak 5 years ago

ELLIE EDWARD

BINTULU: Waris atau wakil yang sihat sahaja disarankan untuk mengambil ubat di Klinik Kesihatan Tatau bagi mengelak penularan wabak penyakit Covid-19.

Jurucakap dari Klinik Kesihatan Tatau, Selumbing Juat berkata, langkah tersebut dilakukan bagi mencegah penularan dan pendedahan penyakit Covid-19 khususnya kepada golongan berisiko.

“Ini adalah bagi mereka yang mempunyai temu janji untuk mengambil bekalan ubat di Klinik Kesihatan atau Farmasi di sini iaitu 23 hingga 31 Mac 2020 khususnya dari Sungai Ari, Balingiandan lain-lain lokasi,” katanya.

Beliau memaklumkan perkara itu dalam satu kenyataan di sini, semalam. Menurutnya, ubat tersebut diwakilkan kepada ahli keluarga atau saudara-mara mereka.

“Mohon jasa baik bagi yang mempunyai ahli keluarga sama ada anak, ibubapa,saudara-mara dan sebagainya dan boleh diwakilkan bagi mereka yang mengidap penyakit seperti kencing manis, penyakit asma (penyakit paru-paru lain), penyakit jantung, penyakit buah pinggang, tekanan darah tinggi dan sebagainya,” katanya.

Sehubungan itu,beliau memberitahu bahawa bagi pesakit yang sama yang berumur 60 tahun ke atas juga disarankan untuk menghantar wakil mereka.

Dalam pada itu, beliau amat mengharapkan kerjasama daripada orang ramai khususnya bagi penduduk di sekitar Daerah Tatau untuk lebih memahami tujuan tersebut bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Tambahnya, sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara tersebut boleh menghubungi pihak terbabit di talian 086-5845619 pada waktu pejabat.

Continue Reading

Previous: Barang keperluan harian cukup
Next: MDS arah semua pasar tamu ditutup

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.