KARSTEN Warholm berazam untuk memecahkan rekod 400m berhalangan dunia dalam pertemuan Czech Golden Spike pada Rabu, dua minggu setelah ketinggalan rekod tiga dekad dengan hanya 0.09sec.
Pada 23 Ogos, peserta dari Norway berusia 24 tahun itu mencatat 46.87 saat di Diamond League di Stockholm, mencipta rekod baru Eropah.
Ia merupakan masa kedua terpantas dalam sejarah di belakang masa 46.78 saat Kevin Young yang dicatat pada Sukan Olimpik Barcelona pada 1992.
Warholm merupakan penambahan akhir dalam senarai permulaan untuk pertemuan Golden Spike di Ostrava di timur Republik Czech dengan penganjur hanya mengesahkan namanya pada lalu.
Acara akan dibuka untuk sehingga 5,000 peminat dengan langkah Covid-19, dibahagikan kepada sepuluh sektor dengan masing-masing maksimum 500 peminat.
Juara lompat bergalah Olimpik, Thiago Braz akan menentang juara dunia dua kali Sam Kendricks dan juara Olimpik 2012, Renaud Lavillenie.
Acara lompat kijang dijangkakan bakal menjanjikan saingan menarik dengan juara Olimpik dua kali Christian Taylor bersama juara dunia berganda Pedro Pablo Pichardo dan peserta dari Burundi, Fabrice Zango Hugues yang memiliki catatan lompatan dunia 17.43 meter.
Acara lontar peluru lelaki akan menampilkan Ryan Crouser yang mendahului kedudukan tahun ini dengan 22.91 meter manakala dalam jarak 1,500 meter wanita, penyandang juara Olimpik, Faith Kipyegon akan berhadapan naib juara Olimpik Rio 2016, Genzebe Dibaba.
Bintang lain termasuk peserta lompat tinggi Gianmarco Tamberi dan Maksim Nedasekau dan pelari jarak jauh Sifan Hassan, penyandang juara dunia 1,500m dan 10,000m, yang mencipta rekod dunia baru satu jam pada Jumaat lalu. – AFP