Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Warga SMK Subis sertai ceramah keselamatan kebakaran
  • Utara
  • WILAYAH

Warga SMK Subis sertai ceramah keselamatan kebakaran

Utusan Sarawak 3 months ago

BATU NIAH: Seramai 1,200 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Subis telah mengambil bahagian dalam ceramah keselamatan, dan pencegahan kebakaran anjuran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah di sekolah berkenaan, semalam.

Ketua BBP Batu Niah, PBT II Rary Binjie berkata, selain pelajar, turut menyertai program tersebut ialah 63 warga pendidik sekolah tersebut.

Katanya, matlamat utama aktiviti ceramah kebakaran itu adalah bagi memperkenalkan kepada warga sekolah, dan para pelajar tentang penggunaan alat pemadam api yang betul.

“Ceramah ini sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk mendidik pelajar tentang cara mencegah kebakaran dan sebagainya.

“Ini merangkumi topik penting seperti prosedur pemindahan sekiranya berlaku kebakaran.

“Mengetahui apa yang perlu dilakukan dalam situasi sedemikian boleh menyelamatkan nyawa.

“Berharap melalui ceramah ini, para pelajar dan guru akan mendapat pandangan yang berharga dan keyakinan untuk menggunakan alat pemadam api, memadamkan api kecil, dan mengikut prosedur pemindahan yang betul jika berlaku kebakaran,” tambahnya.

Ceramah itu, katanya, tidak akan terhad kepada sekolah tetapi juga diperluaskan ke rumah panjang di kawasan itu bagi meningkatkan kesedaran pencegahan kebakaran dalam kalangan masyarakat.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jalan wharf Rumah Kalut Sat di Sungai Merah Dayu telah siap sepenuhnya
Next: Ops Khas Gempur Teknikal: 56 notis dikeluarkan daripada 358 kenderaan diperiksa   

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.