Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Warga SJKC Wah Man sertai latihan keselamatan kebakaran
  • Tengah
  • WILAYAH

Warga SJKC Wah Man sertai latihan keselamatan kebakaran

Utusan Sarawak 7 months ago

LATIHAN.....Pasukan bomba mengadakan ceramah kesedaran keselamatan kebakaran untuk para murid. Foto: BBP Sarikei 

SARIKEI: Seramai 327 murid, 24 guru dan enam pembantu awam Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Wah Man menyertai latihan kawad pengungsian bangunan dan keselamatan kebakaran. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Mahmudin Narudin berkata, latihan dijalankan di sekolah tersebut pada jam 9.45 pagi kelmarin. 

“Latihan ini melibatkan seramai 357 orang peserta iaitu 327 orang murid, 24 orang guru dan enam orang pembantu awam SJKC Wah Man. 

“Seramai lapan anggota bomba hadir bagi mengendalikan latihan tersebut,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, antara latihan yang dijalankan adalah tatacara penggunaan alat pemadam api dan ceramah kesedaran keselamatan kebakaran. 

“Alhamdulillah, latihan yang dijalankan bersama pihak sekolah berjaya menarik minat murid. 

“Tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku sepanjang latihan dijalankan,” katanya. 

Continue Reading

Previous: 1,282 pek bekalan makanan untuk mangsa banjir 18 kampung di Marudi
Next: 234 unit lampu LED siap dipasang di empat jalan utama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.