Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Warga PMU mahu rebut pensijilan amalan EKSA
  • TEMPATAN

Warga PMU mahu rebut pensijilan amalan EKSA

Utusan Sarawak 5 years ago
MESYUARAT…Dullah mempengerusikan mesyuarat EKSA bersama ahli jawatankuasa EKSA.

MUKAH: Warga kerja Politeknik Mukah (PMU) mengadakan gotong-royong Perdana setiap dua kali dalam setahun demi menjaga kebersihan kawasan luar pejabat dan dalam pejabat bagi setiap zon jagaan masing-masing agar dalam keadaan yang bersih, kemas dan teratur.

Pengarah Politeknik Mukah (PMU), Dullah  Muluk semasa mesyuarat berkata, gotong-royong Perdana dijalankan secara berterusan dan diamalkan mengikut zon masing-masing agar memastikan budaya kerja Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) diteruskan pada bila-bila masa.

Melalui program EKSA, tujuan utama adalah untuk memperolehi persijilan amalan EKSA di samping menjana semangat kerjasama warga PMU ke arah penghasilan kerja yang kreatif dan inovatif dari kalangan warga kerja dan memanfaatkan penggunaan sumber secara optimum dan efisien, katanya.

Beliau menjelaskan, terdapat empat belas zon menjalankan kerja pembersihan di luar kawasan pejabat dan dalam pejabat untuk mempastikan Amalan EKSA iamal dan dipatuhi oleh semua warga agensi, ujarnya.

Melalui  kerja gotong-royong sebegini warga PMU dapat mengeratkan silaturrahim dan kerjasama antara mereka, jelasnya.

Antara lain, amalan EKSA melalui budaya berterusan di dalam persekitaran berkualiti, kondusif dan selamat ke arah kecemerlangan organisasi menerusi penggunaan sumber yang berhemah.

Menurut  Dullah, objektif  mewujudkan EKSA adalah supaya persekitaran tempat kerja yang kondusif dan selamat untuk meningkatkan produktif kerja sambil memupuk amalan penyelenggaran sebagai budaya kerja yang berterusan.

Semangat seperti ini perlu diteruskan demi nama baik PMU dan semangat bantu membantu antara satu sama lain sentiasa diamalkan agar yang berat sama dipikul dan yang ringan sama dijinjing.

Turut hadir dalam kerja gotong-royong itu ialah Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik), Iskandar  Reduan, Timbalan Pengarah (Akademik), Mohd Sani Said dan semua warga pengurusan dan sokongan.

Continue Reading

Previous: Manfaat kemudahan bantuan Sarawak
Next: Kampung Tengah bakal miliki jeti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.