Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Warga emas sesat belum ditemui
  • TEMPATAN

Warga emas sesat belum ditemui

Utusan Sarawak 5 years ago
LINJONG Edward

SKRANG: Seorang wanita warga emas yang dilaporkan ‘sesat’ di kebun kelapa sawit Memaloi, Batu 8 dekat Skrang pada petang Rabu lalu, sehingga kini belum dijumpai.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong, PPgB Vincent Baling Yabi berkata mangsa, Linjong Edward, 70, dari Rumah Karin, Tabut, Skrang yang turut mengalami masalah pendengaran dipercayai hilang kerana tidak balik ke rumah sejak petang Rabu lalu.

“Mangsa dilaporkan telah keluar seorang diri ke kebun sawit di Memaloi Batu 8 seawal jam 9.00 pagi Rabu lalu, dengan menggunakan perahu yang ditemui masih diikat di seberang sungai terbabit.

“Keluarga mangsa menyedari mangsa sesat atau hilang setelah mendapati mangsa tidak pulang ke rumah pada petang Rabu lalu,” katanya kepada media semalam.

Vincent berkata Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari kedua semalam telah melibatkan seramai enam anggota BBP Betong selain bantuan tiga anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong dan 40 orang penduduk kampung.

Katanya, SAR semalam telah dipecahkan kepada tiga kumpulan dengan menggunakan kaedah petak sempadan di kawasan kebun sawit tersebut.

“Pasukan SAR dibahagi kepada tiga pasukan yang terdiri daripada Bomba, Polis dan bantuan orang kampung dalam setiap kumpulan.

“Pencarian dibuat mengikut petak sempadan ladang sawit dengan menggunakan kaedah ‘base line’,” ujar beliau.

Vincent berkata pasukan Unit K9 Bomba dilaporkan telah bergerak dari BBP Serian ke lokasi untuk membantu operasi SAR pada hari ini (Jumaat).

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Aktiviti sukan MAKSAK perlu sokongan wakil rakyat
Next: Kesejahteraan, keselesaan rakyat diutamakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.