Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Warga emas maut kemalangan kendiri
  • KEMALANGAN

Warga emas maut kemalangan kendiri

Utusan Sarawak 8 months ago

Anggota bomba mengusung mangsa selepas dikeluarkan dari kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Kidurong, Bintulu, pagi tadi. - Foto JBPM

BINTULU: Warga emas maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta Perodua Kancil yang melanggar pokok di Jalan Kidurong di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 8.55 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Dai Swee Fah @ Tai Swee Fah, 67, dilaporkan meninggal dunia akibat insiden itu.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong dikejarkan ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati mangsa masih tersepit di tempat duduk pemandu.

“Anggota bomba seterusnya bertindak menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa,” katanya.

Bagaimanapun, mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) setelah berjaya dikeluarkan dari dalam kereta.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Continue Reading

Previous: Lelaki terjatuh di lereng Gunung Machinchang, Langkawi disahkan maut
Next: Lelaki cedera kemalangan kendiri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.