Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Warga emas jatuh dari perahu ditemukan lemas
  • KEMALANGAN

Warga emas jatuh dari perahu ditemukan lemas

Utusan Sarawak 4 months ago

Mayat mangsa dibawa ke dermaga pekan Belaga dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

BELAGA: Lelaki warga emas yang terjatuh dari perahu di Sungai Benatu, Punan Bah di Belaga tiga hari lalu, ditemukan mati lemas, pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memberitahu, mangsa, Micheal Sait Lanyau,60, dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dan penduduk kampung pada jarak 1 km di hilir sungai dari Pusat Kawalan Bomba (PKB).

“Mangsa disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Mayat mangsa di bawa ke Dermaga pekan Belaga menggunakan bot polis. Operasi SAR tamat pada 12 tengahari tadi,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, semasa kejadian pada 7.30 pagi 30 Disember lalu, mangsa telah terjatuh dari perahu yang dinaiki ketika hendak keluar mencari durian dan telah hilang dibawa oleh arus sungai. 

Terdapat beberapa orang penduduk kampung menyaksikan kejadian tersebut dari jauh dan usaha pencarian telah dilakukan oleh penduduk kampung namun mangsa masih belum ditemui. 

Laporan polis telah dibuat untuk tindakan selanjutnya.

Continue Reading

Previous: Dua wanita cedera kemalangan di Pan Borneo Sibu-Bintulu
Next: Warga emas jatuh dari bot tunda belum dijumpai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.