Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Warga emas jatuh dari bot tunda belum dijumpai
  • KEMALANGAN

Warga emas jatuh dari bot tunda belum dijumpai

Utusan Sarawak 4 months ago

Lokasi tempat mangsa jatuh dari bot tunda.

TANJUNG MANIS: Warga emas dilaporkan hilang setelah terjatuh dari bot tunda pada jarak lima batu nautika dari muara Rajang, Tanjung Manis di sini hari ini.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mangsa dikenal pasti sebagai Mustafpa Abdullah @ Moses Anak Mleng, 65 tahun.

Katanya, bilik kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Manis menerima panggilan kecemasan daripada anak mangsa pada jam 12.30 tengah hari tadi mengenai kejadian itu.

Bot tunda Danum 126 itu membawa simen dalam perjalanan dari Kuching ke Sibu.

“BBP Tanjung Manis diketuai Komander Operasi PBK II  Salahudin Mohd. Dawood digerak ke lokasi, pada jarak 15 kilometer dari balai dan sampai di situ pada jam 12.46 petang.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) terus digerakkan dengan bantuan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam keadaan cuaca berangin dan berompak.

“Mangsa yang tidak berbaju dan berseluar pendek hitam belum dijumpai dan operasi ditangguh pada jam 5 petang tadi untuk disambung semula esok,” katanya dalam kenyataan media.

Agensi lain yang terlibat dalam operasi ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan APMM selaku penyelaras.

Menurut kenyataan itu lagi, pasukan SAR masih berusaha untuk mendapatkan maklumat awal berkaitan maklumat mangsa dan kronologi kejadian.

Continue Reading

Previous: Warga emas jatuh dari perahu ditemukan lemas
Next: Ombak besar punca kru tongkang jatuh ke laut, usaha cari mangsa disambung esok 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.