Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Warga emas dilaporkan hilang ketika cari sayur di hutan belum dijumpai
  • TEMPATAN

Warga emas dilaporkan hilang ketika cari sayur di hutan belum dijumpai

Utusan Sarawak 11 months ago
HILANG… Seorang lelaki warga emas dikenali sebagai Asui Langgang, 88, dilaporkan hilang ketika mencari sayur di hutan Isnin lepas masih belum dijumpai. 

SERIAN: Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang ketika mencari sayur di hutan di sini, Isnin lepas.

Beliau dikenali sebagai Asui Langgang, 88 berasal dari Lorong 29, Kampung Taie, Jalan Baki-Riih telah dilaporkan hilang sekitar 9.00 pagi dengan menaiki motosikal untuk mencari sayur di hutan.

Komander Operasi, PBK I (KUP) Christopher Tungoh berkata,  laporan kehilangan mangsa diterima 8.09 pagi tadi.

“Sejurus panggilan diterima, pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian dikerahkan ke lokasi dan tiba di kawasan tersebut 8.29 pagi.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa diaktifkan hari ini dengan operasi pencarian dibahagikan kepada tiga sektor,”menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Christopher, ahli keluarga mangsa bersama orang kampung telah melakukan pencarian awal dan telah menemui motosikal yang digunakan oleh mangsa tetapi mangsa masih tidak dijumpai.

“Operasi pencarian dimulakan ditempat motosikal mangsa ditinggalkan di sekitar hutan, dan kumpulan satu dianggotai tujuh pencari bersama orang kampung serta seekor anjing pengesan bernama Bailey.

“Kumpulan satu telah membuat pencarian pada kawasan sekitar ladang kelapa sawit dan sungai kecil berdekatan.

“Sementara kumpulan dua dan tiga membuat pencarian di ladang kelapa sawit dan radius pencarian sekitar dua kilometer dari lokasi motosikal mangsa ditinggalkan,” jelasnya.

Difahamkan setakat 12.00 tengah hari tadi, mangsa masih belum dijumpai.

Continue Reading

Previous: Program TVS Spotlight Gawai Kaamatan 2024 refleksi perpaduan negeri  
Next: Kerabat diraja dijangka hadir ke RWMF 28 – 30 Jun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.