Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Warga emas dikhuatiri lemas di Sungai Kanowit, operasi SAR ditangguh
  • Tengah
  • WILAYAH

Warga emas dikhuatiri lemas di Sungai Kanowit, operasi SAR ditangguh

Utusan Sarawak 2 months ago
GIAT CARI… Pihak bomba semasa menjalankan operasi SAR mangsa dikhuatiri lemas di Nanga Julau, hari ini. Foto PGO Bomba Sarawak

BINTANGOR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari pertama seorang warga emas berumur 75 tahun yang dikhuatiri lemas di Sungai Kanowit, Julau ditangguhkan pada 6.30 petang tadi. 

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, mangsa dikenal pasti sebagai Chong Yik Teck. 

“Maklumat awal yang diperolehi dari pelapor memaklumkan kejadian berlaku sekitar 12.00 tengah hari tadi, yang mana mangsa telah keluar menggunakan perahu untuk memeriksa pukat di Sungai Kanowit, Julau. 

“Perahu yang dinaiki mangsa telah dijumpai dalam keadaan terikat namun mangsa tiada di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Katanya, operasi SAR bermula 5.30 petang dengan menggunakan perahu penduduk rumah panjang. 

“Dua anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor diketuai oleh komander operasi, Gara Ensonin menggunakan kaedah pencarian di permukaan air untuk mencari mangsa. 

“Pada 6.30 petang, hasil perbincangan dengan penduduk kampung, operasi ditangguhkan dan akan disambung semula pada hari esok,” katanya. 

Tambahnya, turut menyertai operasi SAR hari ini ialah seramai 16 penduduk rumah panjang. 

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RM3.5 juta bangun kilang proses beras di DUN Kalaka
Next: Orang ramai ‘lekat 6 jam’ di pangkalan feri Paloh semalam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.