BINTULU: Warga emas cedera parah selepas kenderaan yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori 12 tan di P-Turn Separai, Jalan Tatau-Bintulu di sini, hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau, Jankey Jikat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 3.50 petang.
“Setibanya di lokasi kejadian, didapati mangsa tersepit di bahagian pemandu.
“Operasi menyelamat dilakukan menggunakan peralatan khas dan mangsa berjaya dikeluarkan dalam tempoh 20 minit,” katanya dalam satu kenyataan.
Mangsa berusia 60 tahun seterusnya diserahkan kepada pasukan ambulans untuk rawatan lanjut di hospital.
Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.30 petang.
Punca kemalangan masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Gambar
Keadaan di lokasi kemalangan yang melibatkan sebuah lori dan kereta Proton Saga di Jalan Tatau-Bintulu.