Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Warga asing didenda BND7,000 seludup minuman beralkohol di Brunei
  • MAHKAMAH

Warga asing didenda BND7,000 seludup minuman beralkohol di Brunei

Utusan Sarawak 5 months ago
MAHKAMAH Majistret Brunei.

BANDAR SERI BEGAWAN: Seorang lelaki Malaysia berusia 42 tahun di Brunei didenda BND7,000 (AS$5,225) kerana memiliki minuman beralkohol yang diseludup, lapor Xinhua memetik media tempatan, semalam.

Menurut laporan harian Borneo Bulletin, pegawai kastam Brunei telah menahan sebuah kenderaan untuk pemeriksaan pada Rabu dan menemukan 192 tin minuman beralkohol yang dibawa masuk tanpa kebenaran sah.

Mahkamah Majistret Brunei turut memerintahkan semua minuman yang disita, diserahkan kepada kerajaan untuk dimusnahkan.

Laporan itu juga menyebut bahawa lelaki terbabit akan menjalani hukuman penjara selama enam bulan sekiranya gagal membayar denda dikenakan.

Brunei, sebuah Kesultanan di Asia Tenggara, melaksanakan undang-undang ketat ke atas rokok dan minuman beralkohol. -Bernama – Xinhua

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Rasuah dapatkan projek, pengarah syarikat bergelar datuk antara direman
Next: Peniaga pukul isteri sehingga koma, dihukum penjara 10 tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.