Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Wanita tunjang penting dalam arena politik – Fatimah
  • SEMASA

Wanita tunjang penting dalam arena politik – Fatimah

Utusan Sarawak 4 months ago
AMANAT… Dato Sri Fatimah Abdullah ketika berucap semasa Majlis Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ke-16 di BCCK, Kuching.

PETRA JAYA: Wanita di Sarawak merupakan tunjang penting dalam memeta hala tuju dan pembangunan di negeri ini melalui pelbagai bidang termasuk membentuk landskap politik.

Ketua Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Dato Sri Fatimah Abdullah berkata penglibatan wanita yang merentasi pelbagai peringkat tadbir urus mencerminkan pengaruh penting golongan itu dalam arena politik.

”Sifat wanita Sarawak yang keibuan, namun tetap memiliki kekuatan, ketekunan, ketabahan dan kebijaksanaan luar biasa yang tersendiri telah membolehkan kita berperanan sebagai agen perubahan yang berkesan.

”Justeru, kita dengan rasa tanggungjawab yang tinggi dan secara bijaksana dan bersinergi bagi menyantuni isu-isu berkaitan kepimpinan dan perwakilan, penggubalan dasar, advokasi dan pemerkasaan komuniti, kesaksamaan dan pemerkasaan gender, dan pemeliharaan alam sekitar dan budaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ke-16 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Fatimah berkata, Pergerakan Wanita akan terus memberi sokongan teguh kepada Yang Dipertua (YDP) PBB, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg demi masa depan Sarawak yang makmur.

“YDP PBB telah membawa banyak perubahan besar kepada Sarawak, mengangkat nama Sarawak di pentas dunia, termasuk dalam aspek ekonomi hijau, inovasi teknologi dan hak-hak Sarawak di bawah MA63.

“Selain itu, kepimpinan beliau tidak hanya membawa kejayaan ekonomi dalam pembangunan Sarawak, tetapi juga berakar umbi kepada falsafah mesejahterakan semua lapisan masyarakat dan seluruh rakyat.

“Kerana itu, Wanita PBB akan terus menyokong beliau dengan penuh keikhlasan dalam memastikan Sarawak terus maju ke arah pembangunan yang mampan, inklusif dan menyeluruh,” tambahnya.

Oleh Rynna Sha’erra

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Penting untuk generasi muda faham sejarah perjuangan parti – Martin Ben
Next: Kenaikan harga lantai belian padi bangkit semangat pesawah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.