Wanita tersepit, pacuan empat roda langgar lori di Selangau

Facebook
WhatsApp
PASUKAN bomba menjalankan kerja-kerja menyelamat menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaikinya dipercayai melanggar bahagian belakang lori di persimpangan berhampiran SMK Ulu Balingian, pagi tadi. Foto JBPM Zon Sibu

SELANGAU: Wanita tersepit di tempat duduk hadapan selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaikinya dipercayai melanggar bahagian belakang lori di persimpangan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Balingian, pagi tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Andy Alie berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada 11.35 pagi.

PASUKAN bomba menjalankan kerja-kerja menyelamat menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaikinya dipercayai melanggar bahagian belakang lori di persimpangan berhampiran SMK Hulu Balingian, pagi tadi. Foto JBPM Zon Sibu

“Setibanya pasukan di lokasi, didapati kemalangan melibatkan pacuan empat roda yang melanggar belakang lori. 

“Lelaki berumur 71 tahun pemandu kenderaan tersebut dilaporkan selamat, manakala penumpang wanita berumur 69 tahun tersepit di tempat duduk hadapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pasukan bomba kemudian menjalankan kerja-kerja menyelamat menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Mangsa berjaya dikeluarkan diserahkan kepada pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi untuk tindakan lanjut. 

Oleh Akun Giman

Puisi

Setahun Lagi Aku Menua Hari ini setahun lagi aku menua namun hayat makin berkurang kerana dengan tahun menambah  makin dekatlah aku dan pulang.  dan cermin pun bercerita hikayat tua rambut yang makin putih gigi yang kian hilang kedut yang jelas berkerut. Aku tidak mahu pesta kek mega atau lilin dan nyala cukuplah doa dan sebingkis maaf kerana tidak terjangkau arif berapa kali lagi pagikah yang bakal menjengah petang yang sempat membahang malam yang sudi kelam.