ENGLAND: Seorang wanita terkejut apabila menemui pastri puff berusia 25 tahun semasa membersihkan peti sejuknya di sini.
Perkara itu dikongsi oleh anak lelakinya Michael Patrick di Twitter hingga tular di laman sosial.
Menerusi ciapannya, Michael memberitahu, kelebihan perintah berkurung apabila ibunya berjaya menemui pastri puff yang masih belum digunakan di dalam sebuah peti sejuk bersaiz besar.
“Lihat, pastri puff berusia 25 tahun.
“Bagi semua orang yang mengikuti kisah pastri puff ini, ibu menegaskan masih sedap dimakan. Dia rancang untuk buat pencuci mulut pastri berinti epal.
“Maklumat tambahan mengenai pastri ini, usianya lebih tua daripada kedua-dua adik lelaki saya yang lahir pada 1995 April dan Jun 1997,” ciapnya.
Katanya, ibunya turut berani mencuba dan merasai pastri tersebut malah dikatakan masih sedap.
Michael juga menunjukkan label tarikh luput pastri puff pada Mac 1995.
Kisah mencuit hati itu menarik perhatian netizen yang turut berkongsi pengalaman mereka menemui beberapa produk makanan di dalam peti sejuk semasa membersih ketika perintah berkurung.
Kata Julia Christie, ibunya menemui satu tin minyak sapi di dalam peti sejuknya.
“Semua perhatikan saiz tin ini, sudah ada sejak tahun 1971, rumah dan peti sejuk sudah berubah namun tin ini tetap ada,” ciapnya.
Bukan itu sahaja, perkara lucu itu turut dikongsi oleh Antony Mcdonnell, apabila ibunya telah menyimpan tin air berkarbonat dari tahun 1976.Begitu juga L Dayus, 63, apabila menemui pewarna makanan untuk membuat roti dari tahun 1997.
“Hadapi dengan air mata kegembiraan, tidak perlu kata apa-apa,” katanya.
Dalam pada itu, ciapan Michael Patrick sehingga kini menerima 113,600 tanda suka dan 19,200 ulang kongsi.-AFP