Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Wanita rentung, ibu melecur dalam kebakaran rumah di Serian
  • KEBAKARAN

Wanita rentung, ibu melecur dalam kebakaran rumah di Serian

Utusan Sarawak 12 hours ago
WANITA maut, ibu melecur dalam kebakaran rumah di Kampung Tubih Batu Raung. Foto Bomba

KUCHING: Seorang wanita ditemukan rentung manakala ibunya melecur tahap dua dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Tubih Batu Raung, Serian tengah malam tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 12.29 tengah malam dan kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis kekal satu tingkat berukuran 48 x 70 kaki yang musnah sepenuhnya.

“Terdapat dua mangsa dalam kebakaran itu. Mangsa yang maut Nurul Farhana Amerudin, 37, ditemukan rentung di dalam tandas. 

“Ibunya Sharifah Bok Wan Muhsin, 65, melecur pada bahagian muka, leher, belakang badan, tangan serta tapak kaki dan dihantar ke Hospital Serian sebelum bomba tiba di lokasi,” menurut kenyataan itu. 

JBPM Sarawak memaklumkan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. 

Operasi melibatkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian dan punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.- Bernama

Continue Reading

Previous: Kereta sedan terbakar berhampiran SK Pusat Lawas
Next: Rumah dua tingkat musnah hampir 100 peratus dalam kebakaran di Kampung Assyakirin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.