Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Wanita pengsan ketika mendaki di Bukit Selabat diselamatkan bomba
  • Selatan
  • WILAYAH

Wanita pengsan ketika mendaki di Bukit Selabat diselamatkan bomba

Utusan Sarawak 6 hours ago
ANGGOTA bomba dari BBP Tabuan Jaya dan BBP Petra Jaya membawa mangsa tidak sedarkan diri ketika aktiviti mendaki di Bukit Selabat.

KUCHING: Seorang wanita berusia lingkungan 40-an yang tidak sedarkan diri ketika menjalani aktiviti mendaki di Bukit Selabat di sini berjaya diselamatkan pasukan bomba, pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar 6.10 pagi.

Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dan BBP Petra Jaya digerakkan ke lokasi kejadian.

PASUKAN bomba memberi bantuan awal kepada mangsa sebelum dibawa turun dari kawasan bukit menggunakan teknik khas berikutan laluan yang curam.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi, didapati benar seorang mangsa perempuan dewasa tidak sedarkan diri semasa menjalani aktiviti mendaki bersama tujuh lagi rakan wanita,” katanya dalam satu kenyataan.

Pasukan bomba kemudian bertindak membawa turun mangsa menggunakan teknik ‘Piggy Back Carry’ berikutan laluan turun yang sangat curam dan sukar dilalui.

“Sebaik tiba di kaki bukit, mangsa dipindahkan ke pengusung sebelum dibawa ke kawasan tapak pendaftaran untuk diserahkan kepada unit Perkhidmatan Perubatan Penyelamat Kecemasan (EMRS) bagi tindakan lanjut,” katanya.

Operasi tamat sepenuhnya sekitar 9.20 pagi.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kes komersial meningkat 247, kerugian menurun RM4.18 juta setakat April 2026
Next: Niti Daun di Kanowit meriah, lebih 1,000 sertai perarakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.