Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Wanita maut tersepit, kereta remuk bertembung lori
  • KEMALANGAN

Wanita maut tersepit, kereta remuk bertembung lori

Utusan Sarawak 9 hours ago
REMUK…Wanita maut selepas kereta dipandunya terlibat kemalangan dengan lori 10 tan di Simpang Long Laput, enama kilometer dari Jalan Long Lama, Baram hari ini. Foto BBP Marudi.

MIRI: Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah lori 10 tan di Simpang Long Laput, kira-kira enam kilometer dari Jalan Long Lama, Baram, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada 11.39 pagi itu, mangsa berusia 41 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat tersepit di tempat duduk pemandu.

Dua lagi penumpang, masing-masing remaja perempuan berusia 19 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, cedera dan dihantar ke hospital menggunakan ambulans.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak sekitar 124 kilometer bagi menjalankan operasi menyelamat.

Menurutnya, mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan khas.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, pemandu lori berusia 46 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 2.12 petang selepas keadaan disahkan selamat.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Dua cedera dalam kemalangan di Bulatan Petra Jaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.