Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Wanita maut dirempuh kenderaan ketika melintas jalan
  • KEMALANGAN

Wanita maut dirempuh kenderaan ketika melintas jalan

Utusan Sarawak 7 hours ago
MAUT…Seorang wanita berusia 33 tahun maut selepas dipercayai dirempuh sebuah kenderaan yang belum dikenal pasti ketika melintas Lebuh Raya Pan Borneo berhampiran JPJ Sekaloh, Niah awal pagi hari ini. Foto: Polis Diraja Malaysia (PDRM)

MIRI: Seorang wanita tempatan berusia 33 tahun maut selepas dipercayai dirempuh sebuah kenderaan ketika melintas Lebuh Raya Pan Borneo berhampiran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sekaloh, Niah hari ini. 

Dalam kejadian kira-kira 6.00 pagi itu, mangsa dikatakan sedang melintas jalan dari kiri ke kanan sebelum dipercayai dilanggar oleh sebuah kenderaan yang masih belum dikenal pasti identitinya yang datang dari arah Miri menuju ke Niah. 

Ketua Polis Daerah, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian pada 8.04 pagi oleh Penolong Pegawai Perubatan dari Klinik Kesihatan Batu Niah. 

Menurut beliau, polis telah menerima laporan berhubung kemalangan maut itu dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti kenderaan yang terlibat. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Insp. Mohd Faizal Moktar di talian 012-8186509 atau 085-430479, atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. 

Polis turut menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan mengamalkan pemanduan berhemah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. 

Oleh Liong Chai Ling

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Batu 14, Puncak Borneo

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.