Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Wanita hilang RM600,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
  • JENAYAH

Wanita hilang RM600,000 terpedaya pelaburan tidak wujud

Utusan Sarawak 3 weeks ago
DATUK Mancha Ata.

SIBU: Seorang penjawat awam wanita menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud membabitkan kerugian lebih RM600,000.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata dalam kenyataan berkata kejadian bermula pada awal Mac lepas ketika mangsa yang berusia lewat 40-an itu melayari Facebook di rumahnya dan tertarik dengan satu iklan pelaburan daripada syarikat dikenali sebagai “XGI Horizontal”.

Tertarik dengan janji syarikat tersebut untuk memberikan pulangan lumayan dalam tempoh singkat, mangsa kemudiannya berhubung dengan individu yang mengaku sebagai wakil syarikat menerusi aplikasi WhatsApp.

“Terperdaya dengan janji pulangan tinggi, mangsa telah melakukan beberapa transaksi secara berperingkat ke dalam akaun bank yang diberikan oleh suspek, melibatkan jumlah keseluruhan lebih RM600,000,” katanya.

Mangsa menyedari ditipu apabila suspek terus meminta bayaran tambahan dan tiada sebarang keuntungan diterima seperti yang dijanjikan.

Sehubungan itu, polis menasihati orang ramai supaya tidak mudah terperdaya dengan tawaran pelaburan di media sosial dan sentiasa melakukan semakan sebelum membuat sebarang pelaburan.

“Orang ramai digalakkan menyemak kesahihan syarikat dan laman sesawang pelaburan melalui laman web rasmi Bank Negara Malaysia di www.bnm.gov.my atau hubungi BNM TELELINK di 1-300-88-5465.

“Maklumat lanjut juga boleh diperoleh di laman web Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di www.sc.com.my atau melalui talian 03-6204 8999,” menurut kenyataan itu. – Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis rampas dadah bernilai RM13.6 juta
Next: Dua beranak ditahan curi produk kesihatan, kecantikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.