Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Wanita hamil antara tiga maut kemalangan di Putrajaya
  • KEMALANGAN

Wanita hamil antara tiga maut kemalangan di Putrajaya

Utusan Sarawak 6 months ago

Kenderaan yang terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan kematian seorang ibu mengandung berhampiran IOI City Mall Putrajaya, awal pagi tadi. - Foto ihsan JBPM.

KUALA LUMPUR: Tiga termasuk seorang wanita sarat mengandung maut, manakala seorang lagi wanita hamil cedera parah selepas kenderaan dinaiki terbabas berhampiran sebuah pusat beli-belah di Putrajaya, tengah malam tadi. 

Mangsa yang meninggal dunia adalah Nurulhuda Ramli, 41, Amizan Sapiie, 27, dan Muhammad Danial Mohd Nuzi, 24 manakala individu yang cedera parah dikenal pasti sebagai Nizasuhana Ujang, 28.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 12.10 tengah malam tadi sebelum sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya bergegas ke lokasi.

“Kereta jenis Perodua Viva dinaiki empat individu itu dipercayai terbabas dengan tiga mangsa  disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat diserahkan kepada pihak polis. 

“Seorang lagi wanita hamil mengalami cedera parah dan dihantar ke Hospital Putrajaya bagi menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata tiga daripada mangsa berkenaan beralamat di Cheras, Kuala Lumpur dan Bestari Jaya, Selangor manakala seorang lagi Spaoh, Sarawak.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Lelaki maut dalam kemalangan dua van di Pan Borneo Bintulu-Miri
Next: Mangsa hilang ditemukan meninggal dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.