Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Wanita ditahan positif dadah dalam Op Tapis Khas di Lubok Antu
  • JENAYAH

Wanita ditahan positif dadah dalam Op Tapis Khas di Lubok Antu

Utusan Sarawak 1 hour ago
WANITA berusia lewat 20-an berjaya ditahan oleh pasukan polis dari IPD Lubok Antu dalam satu serbuan di kawasan Pekan Lubok Antu, semalam. Foto IPD Lubok Antu

LUBOK ANTU: Wanita berusia lewat 20-an ditahan polis dalam Op Tapis Khas yang dijalankan di kawasan Pekan Lubok Antu semalam kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah DSP Pricha Azin berkata, suspek ditahan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu dalam operasi bersepadu membanteras kegiatan dadah di daerah berkenaan.

Menurut beliau, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati wanita terbabit positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Beliau berkata, semakan lanjut turut mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah.

Katanya, penahanan itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan polis menerusi Op Tapis Khas bagi mengekang aktiviti penyalahgunaan serta pengedaran dadah di kawasan Lubok Antu.

Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan dadah berbahaya ke dalam badan.

Jika sabit kesalahan, individu yang disabitkan boleh dikenakan hukuman denda atau perintah pengawasan sebagaimana diperuntukkan di bawah akta berkenaan.

Dalam pada itu, DSP Pricha menggesa orang ramai supaya terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi membantu usaha memerangi kegiatan dadah demi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di Daerah Lubok Antu terus terjamin.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki tempatan ditahan miliki dadah di Betong
Next: AKPS KLIA gagalkan cubaan seludup kokain bernilai hampir RM1.5 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.