Wanita cemas, kereta terlibat kemalangan kendiri di Selangau

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
KEMALANGAN KENDIRI…. PKO menstabilkan mangsa dan membawa mangsa keluar dari kenderaan untuk diserahkan pada pihak APM bagi tindakan susulan.

SELANGAU: Seorang wanita mengalami detik cemas apabila kereta dipandunya terlibat dalam kemalangan kediri di Rumah (Rh) Kiruh, Tamin, Lebuh Raya Pan Borneo, petang ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 1.39 petang.

KEMALANGAN KENDIRI…. PKO menstabilkan mangsa dan membawa mangsa keluar dari kenderaan untuk diserahkan pada pihak APM bagi tindakan susulan.

Katanya, sepasukan lima anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau bergegas ke lokasi kejadian.

“Kemalangan kendiri melibatkan sebuah kereta telah dipandu oleh seorang perempuan dewasa. Mangsa tidak tersepit dan hanya mengalami cedera ringan,” ujarnya menerusi kenyataan.

KEMALANGAN KENDIRI…. PKO menstabilkan mangsa dan membawa mangsa keluar dari kenderaan untuk diserahkan pada pihak APM bagi tindakan susulan.

Katanya, tindakan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) telah menstabilkan mangsa dan membawa mangsa keluar dari kenderaan dan seterusnya mangsa telah diserahkan pada pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk tindakan susulan.

Oleh Akun Giman

Enjin Pajero terbakar di Jalan Nanas

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero mengalami kebakaran di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan Sekolah Jenis