KUCHING: Seorang pemandu wanita cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Bamfylde Taman Gan Swee Choo di sini kira-kira jam 4.12 petang ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba (PGO) Bomba berkata, wanita yang memandu Perodua Kancil itu tersepit pada ruang tempat pemandu dan cedera pada paha kaki sebelah kanan.
Katanya, seorang penumpang iaitu wanita berusia lingkungan 50 tahun hanya mengalami cedera ringan, manakala bayi berusia kira-kira setahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Kenderaan yang terlibat adalah Toyota Fortuner dan Perodua Kancil. Pemandu Toyota Fortuner juga tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Kesemua mangsa telah dikeluarkan oleh pihak Bomba dan diserahkan kepada pihak ambulan Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut,” katanya.
Oleh NICKELYSON LAKUN