Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Wanita cedera kemalangan libatkan dua kenderaan di Matang
  • KEMALANGAN

Wanita cedera kemalangan libatkan dua kenderaan di Matang

Utusan Sarawak 5 months ago
NGERI… Seorang wanita warganegara Indonesia cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Matang berhampiran Perumahan Bomba, Kuching, malam tadi.

PETRA JAYA: Seorang wanita warganegara Indonesia cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Matang berhampiran Perumahan Bomba di sini, malam tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Sarawak, mangsa, Emi Herawati, yang berada di tempat duduk belakang sebuah Perodua Axia, mengalami kecederaan dan terpaksa dikeluarkan oleh pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian pada 8.18 malam.

“Kemalangan yang berlaku itu turut melibatkan sebuah van yang dipandu oleh Farizan Jemaat, 46, yang tidak mengalami sebarang kecederaan dan berjaya keluar sendiri dari kenderaannya.

“Pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) memberikan rawatan awal kepada mangsa wanita sebelum menghantarnya ke hospital menggunakan jentera EMRS untuk rawatan lanjut,” katanya. 

Katanya, pihak bomba turut bertindak membersihkan tumpahan minyak di lokasi kejadian untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

Oleh MOHD NEENATUL AIZAL

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Dua maut, lori dinaiki langgar belakang treler 
Next: Lelaki maut kemalangan motosikal dengan lori

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.