Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Wanita berusia 108 tahun diiktiraf tukang gunting rambut tertua dunia
  • GLOBAL

Wanita berusia 108 tahun diiktiraf tukang gunting rambut tertua dunia

Utusan Sarawak 3 months ago
REKOD DUNIA… Shitsui Hakoishi diiktiraf sebagai tukang gunting rambut tertua dunia. Foto Kyodo News Agency

UTSUNOMIYA: Seorang wanita berusia 108 tahun dari timur Jepun secara rasmi hari ini diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai tukang gunting rambut wanita tertua di dunia, lapor Agensi Berita Kyodo.

Shitsui Hakoishi dari Nakagawa, Wilayah Tochigi, menerima sijil pengiktirafan di sebuah premis tempatan ketika jiran dan pelanggan tetap meraikan pencapaiannya.

“Hidup penuh dengan kesusahan sejak saya muda, tetapi saya benar-benar gembira,” katanya.

Hakoishi, yang memulakan latihan di kedai gunting rambut di Tokyo pada usia 14 tahun, memperoleh lesen gunting rambutnya pada 1936.

Dia membuka kedai dengan suaminya, yang juga tukang gunting rambut, tetapi berpindah ke kampung halamannya selepas ia musnah akibat serangan udara, menurut Guinness World Records. Selepas suaminya meninggal dunia dalam perang, dia membuka sebuah kedai kecil di rumahnya sambil membesarkan dua anak kecil mereka.

Pada Mac 2021, dia mengambil bahagian sebagai pembawa obor dalam larian obor Olimpik Tokyo. Walaupun sakit lutut bermakna dia tidak lagi dapat menerima pelanggan seramai dahulu, dia masih menunjukkan kemahiran memotong rambutnya setiap kali menerima tempahan.

“Sesetengah orang datang dari jauh untuk berjumpa saya, jadi saya mahu teruskan selagi saya boleh,” kata Hakoishi. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Jet pejuang Filipina ditemui terhempas, dua juruterbang maut
Next: Aisberg terbesar dunia ‘terkandas’ selepas hanyut dari Antartika

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.