Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Wakil rakyat Sarawak dibenar masuk sekolah
  • TEMPATAN

Wakil rakyat Sarawak dibenar masuk sekolah

Utusan Sarawak 3 years ago

RASMI… Dato Mohamad Alamin menandatangani plak perasmian bangunan baharu Sekolah Kebangsaan Anchi di Miri, semalam.

MIRI: Wakil rakyat kerajaan Sarawak dibenarkan memasuki sekolah kerana arahan yang dikatakan menghalang mereka daripada memasuki sekolah sebelum ini telah ditarik balik.

Perkara itu didedahkan oleh Timbalan Menteri Pendidikan II, Dato Mohamad Alamin semasa merasmikan bangunan baharu Sekolah Kebangsaan Anchi di sini, semalam.

Beliau berkata, keputusan itu (penarikan balik larangan itu) telah dibuat  oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu mesyuarat baru-baru ini.

“YB (wakil rakyat) kini dibenarkan masuk ke sekolah dan dialu-alukan untuk menyumbang serta menghulurkan bantuan kepada sekolah demi kesejahteraan pelajar,” katanya.

Tambah Alamin, mereka (wakil rakyat) tidak dilarang masuk ke sekolah, tetapi disebabkan situasi Covid-19 ketika itu, larangan itu perlu kerana Kementerian tidak mahu meletakkan pelajar berisiko (jangkitan Covid-19).

Pada majlis tersebut, Alamin merasmikan pembukaan bangunan baharu SK Anchi yang melibatkan dua blok iaitu blok bilik darjah empat tingkat dan satu blok pra-sekolah satu tingkat yang dilengkapi dengan perabot.

Projek pembinaan bangunan tersebut dimulakan pada 4 Jun 2020 bernilai RM 6.5 juta dan mengambil masa selama 18 bulan untuk disiapkan dan diserahkan kepada pihak sekolah pada 23 Februari lalu..

Projek itu dijalankan di bawah peruntukan RM1 bilion Kerajaan Persekutuan (untuk Sarawak) bagi membantu membaiki sekolah usang di negeri ini.

Dalam pada itu, Alamin turut berterima kasih kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas kerjasama dalam menjayakan projek tersebut.

Jelas, setakat hari ini, bagi Fasa Satu, sebanyak 41 projek membabitkan pembaikan dan pemulihan sekolah usang di Sarawak diluluskan dengan kos RM350 juta.

“Lapan projek telah siap, 31 sedang berjalan dan dua lagi dalam peringkat awal pembinaannya,” katanya.

Turut hadir, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut , Adam Yii dan Pengarah Pendidikan Sarawak Datu Dr. Azhar Ahmad.

Oleh LIONG CHAI LING

Continue Reading

Previous: S’wak di kedudukan tertinggi
Next: Sarawak sasar capai 10,000 TS 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.