Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Wadah perkukuh hubungan komuniti
  • Tengah
  • WILAYAH

Wadah perkukuh hubungan komuniti

Utusan Sarawak 3 weeks ago
RAIKAN BERSAMA… Aimi Hamizah Adenan (duduk baris tengah, lima kanan) bergambar bersama Zaidi Ya dan ahli-ahli PD Taman Susur Jambu serta masyarakat setempat. Foto PD Taman Susur Jambu

SARIKEI: Jamuan Raya Perpustakaan Desa (PD) Taman Susur Jambu bukan sekadar sambutan Aidilfitri, malah menjadi wadah memperkukuh hubungan komuniti serta menyemai semangat perpaduan antara masyarakat pelbagai lapisan.

Penyelia Zon 7 Sarawak Perpustakaan Negara Malaysia, Aimi Hamizah Adenan berkata, lebih 60 orang terdiri daripada ahli PD Taman Susur Jambu dan penduduk sekitar hadir memeriahkan jamuan yang disajikan dengan pelbagai juadah tradisional dan moden, sekali gus mencerminkan keharmonian dalam kepelbagaian.

UCAPAN RINGKAS… Zaidi Ya berucap pada Jamuan Raya PD Taman Susur Jambu. Foto PD Taman Susur Jambu

“PD bukan hanya pusat ilmu, tetapi juga platform yang menyatukan komuniti melalui program seperti ini.

“Jamuan sempena Aidilfitri ini memberi ruang untuk masyarakat berkumpul, berkenalan dan mengeratkan hubungan tanpa mengira latar belakang, selaras dengan objektif Perpustakaan Negara Malaysia dalam mendekatkan perpustakaan kepada rakyat,” katanya ketika dihubungi Utusan Sarawak, hari ini.

Aimi turut menekankan bahawa aktiviti perpustakaan tidak lagi terhad kepada pembacaan semata-mata, malah meliputi pembangunan komuniti melalui pendekatan inklusif yang merangkumi semua lapisan masyarakat.

“Ia jelas menunjukkan peranan perpustakaan sebagai pusat komuniti yang aktif dan berfungsi sebagai penghubung sosial, terutamanya di kawasan taman perumahan dan desa,” katanya.

Tambahnya, suasana sepanjang jamuan berlangsung dalam keadaan penuh mesra dan harmoni.

Turut hadir Pengerusi Perpustakaan Desa Taman Susur Jambu, Zaidi Ya.
Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Perkukuh hubungan kerajaan, rakyat luar bandar
Next: Ternakan ayam penelur perkukuh jaminan makanan, pemacu ekonomi luar bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.