Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • VNT kelas C ditahan tangkap ikan kurang 7 batu nautika dari pantai
  • JENAYAH

VNT kelas C ditahan tangkap ikan kurang 7 batu nautika dari pantai

Utusan Sarawak 2 hours ago
SEORANG warga tempatan dan tujuh warga Indonesia ditahan bersama sebuah vesel nelayan tempatan. Foto APMM Tanjung Manis.

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis telah menahan sebuah vesel nelayan tempatan (VNT) kelas C yang disyaki melanggar syarat lesen ketika menjalankan aktiviti penangkapan ikan di perairan Pulau Bruit, awal pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Mahkos Juing berkata, penahanan dilakukan sekitar 5.1 batu nautika ke barat Pulau Bruit hasil maklumat awam berhubung aktiviti mencurigakan di kawasan tersebut.

Terdahulu beliau memaklumkan, bertindak atas maklumat yang disalurkan orang awam, pihaknya telah menggerakkan aset ronda Maritim Malaysia yang sedang menjalankan Op PERMAI 01/2019 dan Op TIRIS 4.0 bagi mengesan serta menahan vesel terbabit.

SEBUAH vesel nelayan tempatan disyaki melanggar syarat sah lesen dibawah Akta Perikanan 1985. Foto APMM Tanjung Manis.

“Pemeriksaan mendapati vesel berkenaan menangkap ikan kurang daripada jarak tujuh batu nautika dari pantai terdekat, sekali gus melanggar syarat sah lesen di bawah Akta Perikanan 1985,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Katanya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati vesel itu dikendalikan oleh lapan kru terdiri daripada seorang warga tempatan dan tujuh warga Indonesia masing-masing berusia antara 36 hingga 56 tahun.

“Vesel bersama kesemua kru kemudiannya diiring ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Tanjung Manis sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

“Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran undang-undang di laut dan akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan peraturan serta keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara,” tegasnya.

ANTARA tangkapan hasil laut dari vesel tersebut. Foto APMM Tanjung Manis.

Pada masa sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada komuniti maritim atas kerjasama menyalurkan maklumat sehingga membantu meningkatkan keberkesanan operasi penguatkuasaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah atau kecemasan di laut diminta menghubungi talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Tanjung Manis di talian 011-3572 8765, serta Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544 untuk tindakan segera,” katanya lagi.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Dua lelaki ditahan disyaki positif dadah jenis syabu
Next: IPD Miri perketat penguatkuasaan, pelbagai kesalahan dikesan dalam operasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.