Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Vietnam dijangka beri cabaran sengit
  • SUKAN

Vietnam dijangka beri cabaran sengit

Utusan Sarawak 5 years ago

KUALA LUMPUR, 21 Ogos -- Pemain Malaysia, Muhammad Kamal Ishak melakukan sepakan balik kuang ketika menentang Thailand dalam acara Sepak Takraw Antara Beregu pada temasya Sukan SEA ke- 29 Kuala Lumpur di Stadium Titiwangsa hari ini. --fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA KUALA LUMPUR, Aug 21 Ñ National player Muhammad Kamal Ishak does a back flip kick to keep the ball in the opponentÕs court during Malaysia's Sepak Takraw inter-regu match with Thailand in the 29th SEA Games at Titiwangsa Stadium today. Ñ fotoBERNAMA (2017) COPYRIGHT RESERVED

IMBAS KEMBALI… Pemain kebangsaan Muhammad Kamal Ishak melakukan sepakan libas bola ke gelanggang lawan semasa perlawanan Sepak Takraw antara regu Malaysia dengan Thailand pada Sukan SEA ke-29 di Stadium Titiwangsa. • Foto BERNAMA

TUAN rumah Sukan SEA ke-31, Vietnam dijangka memberikan cabaran sengit dalam kedua-dua kategori, lelaki dan wanita bagi acara sepak takraw pada temasya sukan dwitahunan itu.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) Datuk Seri Ahmad Ismail berkata ia berikutan di kala skuad wanita Vietnam sudah menjadi pencabar pingat bersama Thailand, skuad lelaki negara itu juga sedang menunjukkan peningkatan untuk menjadi pencabar utama kepada Thailand, Malaysia dan Indonesia.

“Difahamkan lebih kurang lapan acara dicadangkan untuk dianjurkan di Hanoi, tahun depan. Acara seperti regu berpasukan, regu, team double, double, team quadrant, quadrant, hoop dan acara campuran bakal dipertandingkan, tetapi belum ada pengesahan (manakala chinlone juga dirayu untuk dimasukkan).

“Pada Sukan SEA lalu, pasukan wanita kita mampu memberi saingan sengit kepada Vietnam sebelum tewas kerana kesilapan sendiri. Tetapi kita tidak boleh memandang rendah pasukan lelaki Vietnam yang sedang menunjukkan peningkatan, lebih-lebih lagi apabila menjadi tuan rumah. Difahamkan pada waktu COVID-19 pun mereka berlatih siang dan malam,” katanya kepada Bernama.

Pada Sukan SEA 2019 di Filipina, Malaysia membawa pulang dua pingat perak menerusi acara regu lelaki dan regu berpasukan lelaki serta gangsa melalui regu wanita daripada enam acara dipertandingkan, manakala pada edisi 2017 di Kuala Lumpur, Malaysia meraih dua emas, tiga perak dan enam gangsa daripada 12 acara.
 
Mengulas lanjut mengenai persediaan ke Sukan SEA 2021 dan Sukan Asia 2022 di China, Ahmad berkata pihaknya akan menentukan sasaran dan perancangan yang lebih rapi selepas menganalisis tahap kekuatan dan kelemahan skuad negara berbanding pasukan lawan.

“Kita memerlukan sekurang-kurangnya satu kejohanan antarabangsa untuk menilai kerana kejohanan dan latihan tertangguh akibat pandemik Covid-19. Berdasarkan kejohanan, pengarah teknikal kita (Abdul Talib Ahmad) dan barisan jurulatih akan bertanggungjawab merangka strategi dan memperbaiki kelemahan yang dikenal pasti,” katanya.

Sementara itu, Ahmad berkata buat pertama kali, PSM bakal menubuhkan skuad B (pelapis) wanita pada Januari 2021 dalam usaha meningkatkan prestasi pemain menerusi persaingan sihat apabila adanya lebih banyak kumpulan pemain.- Bernama 

Continue Reading

Previous: Hamilton sapu rekod kemenangan di Sepanyol
Next: Kriteria pemilihan atlet diperhalusi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.