Van lama terbiar musnah dalam kebakaran di Kampung Pulau Melayu

Facebook
WhatsApp

MIRI: Sebuah van lama jenis KIA yang ditinggalkan di pinggir jalan di Kampung Pulau Melayu, di sini, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, Henry Jugah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.54 pagi sebelum jentera pertama digerakkan ke lokasi sekitar seminit kemudian.

“Komander Operasi memaklumkan bahawa setibanya pasukan di lokasi pada 2.07 pagi, didapati sebuah van lama sedang terbakar.

“Pasukan bomba segera menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu saluran bantu mula dengan sumber air daripada tangki jentera,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, kebakaran berjaya dikawal pada 2.12 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 2.28 pagi.

Difahamkan, van berkenaan merupakan kenderaan lama yang telah lama terbiar di kawasan tersebut dan pemiliknya masih belum dikenal pasti.

Oleh Liong Chai Ling

Enjin Pajero terbakar di Jalan Nanas

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero mengalami kebakaran di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan Sekolah Jenis