Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Vaksin Pfizer-BioNTech boleh disimpan dalam peti sejuk
  • GLOBAL

Vaksin Pfizer-BioNTech boleh disimpan dalam peti sejuk

Utusan Sarawak 4 years ago
BOTOL vaksin Pfizer boleh disimpan pada suhu peti sejuk dua hingga lapan darjah selsius sehingga satu bulan.

WASHINGTON: Vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19 dapat disimpan pada suhu peti sejuk hingga se- bulan di Amerika Syarikat (AS), pengawal selia kesihatan negara itu mengumumkan perubahan yang diharapkan dapat memban- tu pengedaran suntikan pada Rabu lalu.

Pentadbiran Makanan dan Ubat- ubatan (FDA) AS mengatakan bahawa ia telah membuat keputusan berdasarkan tinjauan data terbaharu yang dikemukakan oleh Pfi-zer dan akan membolehkan botol vaksin disimpan pada suhu peti sejuk dua hingga lapan darjah sel- sius sehingga satu bulan.

Terdahulu, botol sebelum ini ha-nya dibenarkan disimpan pada suhu sedemikian selama lima hari.

“Perubahan ini harus menjadikan vaksin ini (Pfizer) lebih ba-nyak tersedia untuk masyarakat Amerika Syarikat dengan meningkatkan kemampuan kemudahan penyedia vaksin seperti pejabat doktor masyarakat untuk mene- rima, menyimpan dan mentadbir vaksin,” kata Peter Marks, Pengarah Pusat Biologi FDA Penilaian dan Penyelidikan.

Pada Isnin lalu, Agensi Ubat Eropah juga meluluskan penyimpanan vaksin Pfizer dalam peti sejuk sehingga satu bulan.

FDA telah melonggarkan syarat untuk penyimpanan vaksin pada Februari lalu membiarkannya di- simpan pada suhu konvensio- nal yang biasa dijumpai di dalam pembeku farmasi untuk jangka masa hingga dua minggu dan bukannya suhu pembeku ultra rendah dari -80 hingga -60 darjah Celsius. – AFP

Continue Reading

Previous: India berdepan amaran taufan baharu
Next: TRAUMA pengeboman Israel anak-anak Gaza ‘takut mati’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.