Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Utamakan sub kontraktor pekerja tempatan
  • TEMPATAN

Utamakan sub kontraktor pekerja tempatan

Utusan Sarawak 5 years ago
TAKLIMAT PROJEK… Awang Tengah mendengar projek pembangunan Komplek Pentadbiran Lawas daripada agensi dan pemaju utama.

LAWAS: Penglibatan tenaga tempatan sebagai sub kontraktor dan pekerja ditapak pembinaan Komplek Pentadbiran Jabatan Kerajaan Negeri Sarawak perlu diberi keutamaan oleh pihak kontraktor utama.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan memberitahu, pengambilan tenaga kerja tempatan boleh dilakukan untuk melaksanakan beberapa projek besar seperti pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah Lawas yang baharu dan Komplek Pentadbiran Lawas.

Beliau menyatakan demikian sewaktu melawat tapak pembinaan Komplek Pentadbiran Lawas yang bernilai RM294 juta Isnin lalu.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli II, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak berharap pihak berkenaan dapat mengiklankan kekosongan dalam media tempatan, radio dan Pejabat Buruh Lawas untuk membantu membuka peluang pencari pekerjaan di Lawas.

“Kita difahamkan, pihak pemaju membayar gaji yang munasabah iaitu sekitar RM50 ke RM150 sehari mengikut bidang kemahiran mereka,” ujarnya.

Beliau juga menyeru pemaju-pemaju ini untuk mendapatkan bekalan bahan binaan dipasaran tempatan selain daripada luar.

Kerja pembinaan Komplek Pentadbiran Lawas ini dijangka siap sepenuhnya pada November 2022.

Awang Tengah turut diberi jaminan oleh pihak pemaju bahawa mereka mempunyai rancangan untuk memastikan semua kerja yang tertangguh semasa PKP dapat dikejar mengikut jadual sebenar.

Bangunan ini bakal menjadi ikon baru bagi pentadbiran Lawas dengan reka bentuk moden 15 tingkat yang merangkumi Pejabat Residen, Pejabat Daerah dan beberapa jabatan penting Negeri Sarawak.

Pada masa yang sama, Awang Tengah juga mengarahkan agar pihak Residen Bahagian Limbang untuk memastikan semua kerja berjalan sempurna dan sedia membantu menyelesaikan sebarang isu berkaitan kemudahan awam.

Bangunan ini juga mesra Orang Kurang Upaya dan warga emas untuk memudahkan mereka berurusan.

Hadir sama ialah ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Timbalan Residen Bahagian Limbang Haji Sebi Haji Abang, Pengarah NRDA Datu Ubaidillah Latip, Pegawai Daerah Lawas dan Pegawai Daerah Limbang serta kenamaan tempatan lainnya.

Oleh Adeng Idrus

Continue Reading

Previous: Kerajaan buat langkah terbaik
Next: Permulaan gelombang kedua

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.