Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Usaha bomba pantau kawasan berisiko banjir tersekat akibat tanah runtuh
  • Tengah
  • WILAYAH

Usaha bomba pantau kawasan berisiko banjir tersekat akibat tanah runtuh

Utusan Sarawak 3 months ago

JULAU: Usaha pihak bomba untuk ke Rumah Raweng di Kelangas pagi tadi bagi menjalankan pemantauan kawasan berisiko banjir tersekat sementara menunggu pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) mengalihkan runtuhan tanah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, segelintir laluan utama sepanjang jalan utama ke lokasi rumah panjang tersebut berlaku tanah susur dan menyebabkan akses tidak dapat dilalui.

“Kami (bomba) tidak sampai ke Rumah Raweng disebabkan jalan menuju ke situ tidak dapat dilalui.

“Saya turut memberi taklimat ringkas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan, Rolland Duat Jubin dan agensi-agensi kerajaan yang berada di lokasi,” katanya ketika dihubungi Utusan Sarawak, hari ini.

Katanya, akses ke rumah panjang tersebut sepanjang lima kilometer (km) terdapat runtuhan tanah yang menyukarkan pergerakan ke lokasi bagi pemantauan di lokasi berisiko banjir.

“Kami menunggu tindakan segera dari pihak JKR untuk mengalihkan runtuhan tanah bagi melancarkan akses ke Rumah Raweng atau kawasan berisiko.

“Operasi ditamatkan sekitar 12.15 tengah hari,” katanya. 

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lelaki cedera, enjin kereta terbakar
Next: Lundu District has been hit by continuous rain since yesterday

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.