Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Terus perkukuh budaya kebajikan, bantu asnaf
  • TEMPATAN

Terus perkukuh budaya kebajikan, bantu asnaf

Utusan Sarawak 2 months ago
MESRA… Dato Sri Fadillah Yusof menyantuni kanak-kanak semasa majlis Penyerahan Sumbangan Asnaf anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Muslim Gita Matang di Masjid At-Taqwa, Kuching hari ini. Foto HERRIEY NAHA

KUCHING: Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Trasnformasi Air (Petra), Dato Sri Fadillah Yusof menggesa masyarakat agar terus memperkukuh budaya kebajikan dan membantu golongan asnaf bagi memastikan kesejahteraan bersama.

Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya, konsep zakat dan sedekah yang ditekankan dalam Islam bukan sekadar satu kewajipan, tetapi juga amanah yang perlu diurus dengan penuh tanggungjawab.

“Harta yang kita miliki bukan sepenuhnya hak kita, tetapi ada bahagian untuk mereka yang memerlukan. 

“Oleh itu, kita perlu memainkan peranan dalam membantu golongan kurang bernasib baik,” katanya pada majlis Penyerahan Sumbangan Asnaf anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Muslim Gita Matang di Masjid At-Taqwa, di sini.

Beliau turut menekankan kepentingan pengurusan dana kebajikan secara berhemah agar manfaatnya dapat disalurkan secara berterusan.

“Bantuan yang diberikan mungkin tidak seberapa, namun saya berharap ia dapat meringankan sedikit beban penerima. 

“Saya juga menyeru semua pihak untuk terus menyokong usaha lembaga ini agar lebih banyak bantuan dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukan,” tambahnya.

SERAH SUMBANGAN… Dato Sri Fadillah Yusof menyerahkan sumbangan kepada para penerima semasa majlis Penyerahan Sumbangan Asnaf anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Muslim Gita Matang di Masjid At-Taqwa, Kuching hari ini. Foto HERRIEY NAHA

Majlis tahunan itu menyaksikan 320 keluarga asnaf menerima sumbangan, dengan sasaran utama adalah penduduk sekitar Kampung Pinang Jawa, Kampung Gita, Taman Sri Melati dan kawasan berhampiran.

Lembaga Amanah Kebajikan Muslim Gita Matang, yang bertindak sebagai pentadbir dana, memperoleh sumber pendapatan bukan sahaja daripada sumbangan kerajaan dan individu tetapi juga daripada hasil sewaan dewan serta aset lain.

KENANGAN… Dato Sri Fadillah Yusof, Dato Fazzruddin Abdul Rahman serta yang lain semasa majlis Penyerahan Sumbangan Asnaf anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Muslim Gita Matang di Masjid At-Taqwa, Kuching hari ini. Foto HERRIEY NAHA

Turut hadir Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Dato Fazzruddin Abdul Rahman, Pengerusi Masjid At-Taqwa Kampung Pinang Jawa, Kamaluddin Sarkawi, Penghulu Kampung Pinang Jawa, Satira Hasema Arrifin, Ketua-Ketua Masyarakat dan para penerima sumbangan. 

Oleh Masrin Affirah

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Baju Raya: Beli siap atau tempah?
Next: Usah takut derma organ

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.