Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Untung bersih Nestle Malaysia suku pertama naik kepada RM205.1 juta susulan asas kukuh
  • BISNES

Untung bersih Nestle Malaysia suku pertama naik kepada RM205.1 juta susulan asas kukuh

Utusan Sarawak 2 hours ago
NESTLE Malaysia mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM205.1 juta bagi suku pertama 2026.

KUALA LUMPUR: Nestle (Malaysia) Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi iaitu sebanyak RM205.1 juta bagi suku pertama 2026 daripada RM161.3 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Menurut syarikat itu, prestasi yang ditunjukkan mencerminkan asas perniagaan yang kukuh serta pelaksanaan yang berdisiplin dalam pasaran yang dinamik.

Perolehan juga meningkat kepada RM1.88 bilion daripada RM1.77 bilion sebelumnya disokong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan terutamanya sewaktu musim perayaan di samping sumbangan berterusan daripada pasaran eksport, jelas Nestle Malaysia.

“Prestasi ini menekankan keteguhan portfolio kumpulan yang pelbagai serta kerelevenan jenama yang dipercayai merentasi segmen pengguna dan pelbagai keadaan penggunaan,” menurut syarikat berkenaan dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Mengenai prospek, syarikat makanan dan minuman itu memaklumkan persekitaran luaran pada 2026 dijangka ditakrifkan oleh ketidaktentuan dan ketidakpastian yang meningkat.

Bagaimanapun, kumpulan kekal yakin terhadap kekuatan asasnya serta keupayaannya untuk memastikan kemampanan dalam konteks ini.

“Portfolio jenama dipercayai yang pelbagai, jejak pembuatan tempatan yang luas dan rangkaian pengedaran yang menyeluruh, digabungkan dengan keupayaan rantaian bekalan hiliran, terus menyediakan asas yang kukuh untuk mengharungi persekitaran semasa dan mencapai satu lagi tahun keputusan komersial serta kewangan yang berdaya tahan,” kata kumpulan itu.

Bagi tahun kewangan semasa, kumpulan tetrsebut menyatakan ia akan memberi tumpuan kepada mengekalkan kerelevanan dan kebolehcapaian jenama, memastikan pelaksanaan yang konsisten di semua saluran serta menguruskan kos dengan penuh disiplin.

“Keutamaan-keutamaan ini dijangka menyokong kesinambungan prestasi selain meletakkan kumpulan untuk pertumbuhan jangka panjang yang mampan,” tambahnya. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Ringgit dibuka kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama, ASEAN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.