Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • United tambah derita Brighton
  • SUKAN

United tambah derita Brighton

Utusan Sarawak 5 years ago

Brighton's Brazilian midfielder Bernardo (L) tackles Manchester United's Scottish midfielder Scott McTominay during the English League Cup fourth round football match between Brighton and Hove Albion and Manchester United at the American Express Community Stadium in Brighton, southern England on September 30, 2020. (Photo by Andy Rain / POOL / AFP) / RESTRICTED TO EDITORIAL USE. No use with unauthorized audio, video, data, fixture lists, club/league logos or 'live' services. Online in-match use limited to 120 images. An additional 40 images may be used in extra time. No video emulation. Social media in-match use limited to 120 images. An additional 40 images may be used in extra time. No use in betting publications, games or single club/league/player publications. /

BENARDO (kanan) dari Brighton menjatuhkan pemain tengah Manchester United, Scott McTominay semasa perlawanan pusingan keempat Piala Liga Inggeris di Stadium American Express Community di Brighton,selatan England. – Foto AFP

MANCHESTER United menyertai saingan mereka di suku akhir setelah menewaskan Brighton 3-0 dalam Piala Liga Inggeris di Stadium American Express Community semalam.

Manchester United menimbulkan lebih banyak penderitaan ke atas Brighton empat hari setelah mengalahkan mereka 3-2 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris yang dramatik.

Pasukan Ole Gunnar Solskjaer memerlukan sepakan penalti Bruno Fernandes pada minit ke-100 untuk mengalahkan Brighton dalam perlawanan tersebut dan melepaskan gol penyamaan beberapa minit sebelum itu.

Tidak banyak drama kali ini ketika United membuat 10 perubahan dan Brighton sembilan, dengan pemain Solskjaer terbukti jauh lebih unggul.
United, yang kali terakhir memenangi Piala Liga pada tahun 2017, mendahului pada minit ke-44 ketika Scott McTominay menanduk masuk sepakan percuma Juan Mata.

United menggandakan kelebihan mereka pada minit ke-73, dengan Donny Van De Beek mencari pemain tengah Sepanyol, Mata, yang menjaringkan gol ke-50 beliau untuk kelab itu.

Paul Pogba masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan gol tujuh minit kemudian apabila tendangan bebasnya melengkung masuk selepas terkena pemain Brighton, Joel Veltman.

“Persembahan yang hebat oleh Juan Mata. Dia merupakan orang yang mendapat bola dan menenangkan kami. Dia tenang. Dia lebih kurang mencipta gol pertama beliau sendiri. Saya tidak pernah terkejut ketika dia bermain seperti ini,” kata Solskjaer.

“Kami memerlukan 20-25 minit pertama untuk mendapatkan keyakinan diri dan mendapatkan bola. Kami telah berlatih dengan sepakan percuma. Anda tidak melepaskan sebarang gol dan ini penting untuk empat pemain pertahanan.” – AFP

Continue Reading

Previous: Edisi ke-33 Piala Tun Sharifah Rodziah ditangguh
Next: Arteta cabar pemain Arsenal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.