
Pemain Manchester United, Bruno Fernandes (kiri) meraikan jaringannya bersama Joshua Zirkzee
LIVERPOOL: Bruno Fernandes membantu Manchester United bangkit daripada ketinggalan dua gol seterusnya mengelak kekalahan buat skuad Ruben Amorim yang seri 2-2 berdepan Everton malam tadi.
United menghampiri kekalahan kesembilan dalam 13 aksi liga terakhir apabila gol Beto dan Abdoulaye Doucoure meletakkan skuad Toffees 2-0 di depan dalam tempoh 33 minit.
Pelawat gagal menemui sasaran hingga sepakan percuma Fernandes merapatkan jaringan berbaki 18 minit permainan sebelum gol penyamaan Manuel Ugarte menyelamatkan mata buat United.
Drama lewat perlawanan berlaku apabila Everton diberikan penalti ketika tambahan masa namun pengadil Andy Madley menukar keputusannya selepas melihat rakaman VAR.
Satu mata melonjakkan Everton ke kedudukan ke-12 manakala United kekal di tangga ke-15.
Everton bertarung untuk menyelamatkan diri apabila David Moyes kembali buat kali kedua bulan lalu, namun mereka kini memungut 14 daripada keseluruhan 18 mata daripada enam aksi terakhir bagi memastikan kelab itu mampu kekal 71 tahun di liga utama. – AFP