Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Unit Petra Energy raih empat kontrak luar pesisir 
  • BISNES

Unit Petra Energy raih empat kontrak luar pesisir 

Utusan Sarawak 4 months ago

KUALA LUMPUR: Anak syarikat Petra Energy Bhd (Petra Energy), Petra Resources Sdn Bhd meraih empat kontrak berkaitan perkhidmatan luar pesisir di Malaysia.

Kontrak ini berkaitan Penyelenggaraan, Pembinaan dan Pengubahsuaian Luar Pesisir (MCM) di seluruh Malaysia serta perkhidmatan Penyambungan dan Pengoperasian (HUC).

Kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, kontrak tersebut diberi oleh Petronas Carigali Sdn Bhd, SapuraOMV Upstream (Sarawak) Inc (SapuraOMV), JX Nippon Oil & Gas Exploration (Malaysia) Limited (JX NIPPON) dan ROC Oil (Sarawak) Sdn Bhd (ROC Oil).

“Pemberian kontrak berkenaan dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham Petra Energy Group iaitu sepanjang tempoh kontrak,” kata Petra Energy.

Menurut makluman kepada Bursa Malaysia tersebut, kontrak itu adalah selama lima tahun dengan pilihan lanjutan tiga tahun dan ditambah lagi dua tahun.

Kontrak berkenaan mempunyai tarikh kuat kuasa seperti berikut: Petronas Carigali pada 24 Sept, 2024, SapuraOMV pada 1 Jan, 2025, JX NIPPON pada 24 Okt, 2024 dan ROC Oil pada 28 Okt, 2024.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, tinggi berbanding mata wang utama lain
Next: Bursa Malaysia dijangka kekal berhati-hati

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.