Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Unit KPower peroleh projek loji solar fotovolta
  • BISNES

Unit KPower peroleh projek loji solar fotovolta

Utusan Sarawak 3 years ago

KUALA LUMPUR: KPower Engineering Sdn Bhd (KPEng), anak syarikat milik penuh KPower menerima surat tawaran daripada Fabulous Sunview Sdn Bhd (FSSB) untuk cadangan loji solar fotovolta (PV) 50 Megawatt di Malaysia.

Syarikat pembinaan itu yang terlibat terutamanya dalam aktiviti tenaga mampan dan utiliti berkata, jumlah kontrak keseluruhan projek tersebut bernilai RM104.97 juta.

Ia berkata projek itu adalah bagi menjalankan dan melaksanakan pemerolehan bagi peralatan dan bahan-bahan, penyediaan kerja-kerja logistik, kerja-kerja pengujian dan penyelenggaraan peralatan bagi loji PV tersebut.

“KPEng bersetuju untuk memudahkan FSSB dalam mendapatkan pengeluaran sekuriti prestasi melalui jaminan bank (bon prestasi) sebanyak RM13.63 juta.

“KPEng akan menyiapkan semua kerja-kerja tersebut supaya ia selesai mengikut tarikh yang dijadualkan iaitu tidak lewat daripada 28 Februari 2023,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Syarikat itu berkata penganugerahan projek itu dijangka menyumbang secara positif kepada aset bersih, pendapatan disatukan dan pendapatan sesaham syarikat bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2022 hingga 30 Jun 2023. – Bernama

Continue Reading

Previous: Bank Malaysia kekal berdaya saing
Next: SME Bank, SME Corp peruntuk RM50 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.