Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Unimas diiktiraf rakan strategik e-Usahawan Hab 
  • SEMASA

Unimas diiktiraf rakan strategik e-Usahawan Hab 

Utusan Sarawak 5 months ago

Naib Canselor Unimas, Dr. Ahmad Hata Rashid (tengah) merakam gambar kenangan bersama yang lain pada majlis perasmian penutupan Karnival #UNIMASpreneur 2024 Lagi yang berlangsung di Dewan Kristal, Bangunan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Unimas, hari ini.

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) secara rasmi diiktiraf sebagai rakan strategik e-Usahawan Hab oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia.

Pengiktirafan itu bertujuan memperkukuh ekosistem e-Usahawan MDEC dengan menjadikan Unimas sebagai pusat rujukan utama bagi pelbagai inisiatif keusahawanan digital.

Menurut kenyataan media, lokasi strategik Unimas dan komitmen tinggi universiti itu menjadi faktor utama pemilihannya sebagai Hab e-Usahawan.

“Sebagai hab yang baru diiktiraf, Unimas akan menjadi pusat penyebaran maklumat mengenai latihan dan program anjuran MDEC.

“Pelajar serta usahawan komuniti setempat kini boleh mendapatkan bimbingan, khidmat nasihat, dan sokongan berkaitan keusahawanan digital di universiti itu,” katanya.

Pengiktirafan itu diumumkan pada majlis perasmian penutupan Karnival #UNIMASpreneur 2024 Lagi yang berlangsung di Dewan Kristal, Bangunan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Unimas, hari ini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Naib Canselor UNIMAS, Dr. Ahmad Hata Rashid, yang turut menerima plak Hab e-Usahawan daripada Pengarah Bahagian Bakat dan Keusahawanan Digital MDEC, Nik Naharudin Mohd Nasir.

Menurut Nik Naharudin pula kerjasama ini diharap akan memberi manfaat besar kepada pelajar, usahawan tempatan, dan Unimas.

Dalam perkembangan lain, selain MDEC, Unimas turut menjalin kerjasama strategik dengan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) untuk melaksanakan Program Uni-Challenge 2024.

Dalam program tersebut, lima kumpulan pelajar bertanding merebut hadiah wang tunai berjumlah RM7,000 dengan mengetengahkan idea-idea inovatif dalam bidang keusahawanan sosial.

Menurut Dr. Ahmad Hata, melalui program ini, Unimas berperanan memacu kemajuan keusahawanan sosial di Sarawak, selaras dengan agenda ekonomi negara.

Mengenai Karnival #UNIMASpreneur 2024, program yang berlangsung selama dua hari itu berjaya menghimpunkan lebih 190 gerai jualan dengan penyertaan 1,200 pelajar yang mengambil kursus asas keusahawanan. 

Continue Reading

Previous: TPM Fadillah minta JKKK guna dana SejaTi MADANI majukan komuniti
Next: Balik Krismas, elak umum perjalanan di media sosial tinggalkan rumah kosong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.