Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • UNIMAS 401 Universiti Terbaik di Asia
  • TEMPATAN

UNIMAS 401 Universiti Terbaik di Asia

Utusan Sarawak 5 years ago

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sekali lagi menempa nama dengan kedudukan 401 universiti terbaik di Asia apabila mendapat penarafan yang diumumkan dalam The Higher Education (THE) Asia University Ranking 2020 pada Rabu lepas.

Penilaian THE Asia University Rankings adalah berdasarkan pencapaian lima indikator iaitu Teaching (25%), Research (30%), Citations (30%), International Outlook (7.5%) dan Industry Income (7.5%)

Pencapaian UNIMAS ini adalah hasil kerjasama semua warga universiti dalam usaha memartabatkan nama di mata dunia dan semestinya menjadi universiti pilihan di kalangan pelajar dan penyelidik.

Malah UNIMAS turut disenarai pendek dalam tiga kategori untuk Award Asia 2020 iaitu International Strategy of The Year-Roaring UNIMAS as a Global Brand, Excellence and Innovation of the Arts dan Workplace of the year.

Selain itu, UNIMAS juga  adalah satu satunya universiti di Malaysia dan Asia Tenggara yang tersenarai dalam senarai anugerah Asia ini.

Pada tahun lepas, UNIMAS merupakan universiti di Malaysia dan Asia yang disenarai pendek  dalam Times Higher Education Awards Asia 2019 di Abu Dhabi untuk dua kategori iaitu Outstanding Support for Students Award dan Technological Innovation of The Year Award.

Dengan pencapaian ini UNIMAS ingin melangkah lebih jauh dan akan sentiasa melakukan penambahbaikan berterusan terhadap aspek pengajaran, pembelajaran, penyelidikan, pengantarabangsaan, dan hubungan baik industri untuk melakarkan kejayaan dan pencapaian signifikan serta meletakkan nama UNIMAS setanding dengan universiti terbaik lain.

Continue Reading

Previous: Suspek kes bunuh ditahan
Next: Operasi bersepadu kerjasama tangani wabak Rabies

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.