Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Unifor peruntuk RM140 juta sokong komuniti agama lain
  • TEMPATAN

Unifor peruntuk RM140 juta sokong komuniti agama lain

Utusan Sarawak 2 months ago
RASMI… Wilfred Yap merasmikan sambutan ulang tahun Kuil San Sam Kuet Bong bersama jawatankuasa pengurusan kuil dan pemimpin masyarakat, semalam.

KUCHING: Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM140 juta melalui Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (Unifor) bagi menyokong komuniti agama bukan Islam di negeri ini.  

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap berkata peruntukan ini mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam mengekalkan keharmonian dan keterangkuman agama.

“Sarawak adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang memperuntukkan bajet khas melalui Unifor yang berada di bawah bidang kuasa Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.  

“Sarawak unik kerana kita mempunyai kerajaan yang mengambil berat tentang kepentingan semua agama, bukan hanya Islam.  

“Di bawah kepimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS), kerajaan negeri memastikan peruntukan ini dapat dimanfaatkan oleh pelbagai komuniti agama bukan Islam,” katanya.  

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun Kuil San Sam Kuet Bong, yang mana beliau turut menyempurnakan perasmian majlis tersebut semalam.  

“Ditegaskan bahawa kekuatan utama Sarawak terletak pada perpaduan rakyatnya yang berbilang kaum dan agama.  

“Nilai saling menghormati, toleransi dan kesejahteraan bersama telah diterapkan dalam Strategi Pembangunan Pasca-COVID 2030 (PCDS 2030) bagi memastikan keterangkuman sosial terus menjadi keutamaan kerajaan negeri.  

“Kemajuan dan pembangunan berterusan Sarawak mesti menjadi keutamaan semua ‘Anak Sarawak’. Ini memerlukan kita semua untuk bekerjasama dalam suasana harmoni dan perpaduan,” tambahnya.  

Sebagai tanda sokongan kepada komuniti tempatan, beliau turut mengumumkan sumbangan sebanyak RM10,000 bagi membantu aktiviti kuil tersebut.

Oleh Masrin Affirah

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Paras air HEP Bakun normal
Next: Banjir: Belum ada keperluan mohon peruntukan tambahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.