Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Ungguli takhta kutipan pingat namun belum berada dalam zon selesa
  • SUKAN

Ungguli takhta kutipan pingat namun belum berada dalam zon selesa

Utusan Sarawak 8 months ago
JELASKAN… Dato Sri Fatimah Abdullah ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan upacara penyerahan pingat kepada pemenang acara para angkat berat di Dewa Serbaguna Kompleks Belia dan Sukan Sarawak, hari ini. 

KUCHING: “Sekarang kita masih perlu terus fokus. Kita belum berada dalam zon selesa. Apabila kita sudah mencapai target, barulah kita boleh berasa selesa.”

Itu kata Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah dalam mengingatkan atlet Sarawak agar tidak berasa selesa dalam menghadapi cabaran di temasya Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) 2024.

Ujarnya, walaupun sedang mengungguli takhta kutipan pingat, atlet-atlet perlu terus mengekalkan tahap konsentrasi yang tinggi dan berusaha sebaik mungkin meraih kemenangan dalam sesuatu acara.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan upacara penyerahan pingat kepada pemenang acara para angkat berat di Dewa Serbaguna Kompleks Belia dan Sukan Sarawak di sini, hari ini.

Tambahnya, setiap acara sukan mempunyai sasaran tertentu yang perlu dicapai, dan masih ada atlet yang belum memenuhi sasaran tersebut.

Beliau juga mengakui persaingan sengit dengan negeri lain, terutama Sabah yang merupakan juara Para SUKMA lalu.

“Sabah sepertinyang kita tahu, pada Para SUKMA yang lepas, mereka adalah juara, jadi, mereka mempunyai iktizam yang tinggi dan atlet mereka juga bukan calang-calang.

“Petang ini kita akan mendapatkan jumlah pungutan pingat untuk hari ini. Kita akan lihat sama ada prestasi kita dapat ditingkatkan pada hari ketiga dan seterusnya,” tambahnya.

Fatimah juga menekankan bahawa setiap atlet mempunyai sasaran peribadi, terutamanya bagi mereka yang bertanding untuk pingat emas.

Beliau percaya dengan fokus dan kerja keras, Sarawak dapat mengharungi cabaran dan mencapai kejayaan di temasya Para SUKMA 2024.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Atlet Sarawak perlu kekalkan momentum
Next: Para SUKMA: Tidak sengaja sentuh rak barbel bukan halangan Bryan raih emas  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.